KAU TAK PERNAH MENGHARGAI KASIH SAYANG'KU

Seandainya selaut cinta ku alirkan padamu..
Tak akan sanggup kau menyelami lautan hatiku..
Walau setinggi gunung kasih ku beri untukmu..
Tak akan tersambut olehmu kasihku itu..

Kerana hatimu bagai angin nan lalu..
Seperti juga daun yg rapuh gugur dan layu..
Jikalau badai datang menderu..
Kau berlalu tanpa perdulikan pantai hatiku..

Kau tidak pernah merasa betapa hebat cintaku padamu..
Kau tidak tahu kolam hati ku kering kerana kamu..
Segala yg ku lakukan tidak menyentuh hatimu..
Mati pun aku mungkin kau pun tak mahu tahu..

Tidak kau endah segala bicaraku..
Tidak kau perduli kesedihan hatiku..
Jika kelak aku berlalu darimu..
Baru Kau tahu besarnya pengorbanan yg sudah kuberi padamu..
Dan mungkin saat itu cintaku telah mati untukmu..

1 komentar:

  1. andai memang cintamu bagai samudra,
    maka hanya nelayanlah yang akan menikmati indahmu,
    bukan petani, dan bukan polisi..
    sejauh apapun hatimu berdesir dengan desiran kekaguman, kau tak akan pernah berpaling dari tulang rusuk yang kau pinjam itu...

    dan terkadang menunggu tidak harus dengan mencarinya...

    BalasHapus