Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah
yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20
tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu
bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal
dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan
sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di
sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa
tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup
‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali
pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan,
menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di
Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah
dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya
diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya. Pada hari
itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya
bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh
dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak
Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada
saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia
sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa
saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak
Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok
dibiarkan lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah
Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik
dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah
saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah
Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya
seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas,
kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur
daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli
oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan
pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah
yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka
bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama
berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan
mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut
untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut
Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan.
Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar
daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja
ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu
dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari
mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan
saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap
ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi
kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut
perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa
ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis.
Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu
kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam
setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu
singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak
Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib
dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang
pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa
untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata
kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta
salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak
Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana
mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di
luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham
masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa
tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka,
bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai
anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu,
bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa
dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka.
Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana
dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak
membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk
menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja
mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir
sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada
penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik.
Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian
yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut
dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan.
Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan
seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab
saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di
atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi
hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak
ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa
kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah,
mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain,
saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang
kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu
sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa
kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah,
cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya
berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat
diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul.
Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak
ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis
dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai
kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan
itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta
saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari
garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang
mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah
Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia
berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini
digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak
pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada
apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan
berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya
balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya.
Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin
daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam
jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam
keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya
adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk
menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa
ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan
perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli
masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya
suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih
baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil.
Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah
yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke
kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang
lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad
jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk
baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu
tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya
menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan
jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan
terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan
untuk mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut.
Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia
tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang
diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan
oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya
arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu.
Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu
tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur
berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan
talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya
peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil
keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak
sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya
tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.
Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya.
Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan
oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang
alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta
masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan
jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya
tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga
sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang
yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan
orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi
isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang
membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata
mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana
anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya
bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat?
Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai
bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu
peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita
atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku
berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat
menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
ღ✫¸.•°*”˜Merenda Nuansa Cinta˜”*°•.✫ღ
Anietha Love
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Blog Subscription
-
Follow me
You can follow my updates on Twitter
-
My Facebook
You can follow my updates on Facebook
-
Posts RSS
Read my full posts on your favorite feed reader
Search this blog
Labels
- “Menggapai Berkah Dunia Akhirat” (10)
- ~*~Cerbung~*~ (9)
- ~Menikah~ (2)
- ♥¸.•*~♥Merenda Nuansa Cinta♥¸.•*~♥ (29)
- ♥❀❤ ♥Cinta♥Takwa♥Syurga♥❀❤ (5)
- ♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪Aku Merindui MU♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪ (13)
- Anietha Love (1)
- Anietha loVe... (39)
- Anugrah Terindah (3)
- Azab neraka (9)
- cinta dan sayang (1)
- Diare Cinta.... (5)
- kata mutiara (1)
- kesehatan.. (1)
- Natasya Love (17)
- Renungan diri (11)
- sebuah catatan (5)
- senandung rindu (1)
- suara hati (1)
- sweet love (2)
- Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒεїз Senandung Do'a εїзƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ (19)
Arsip Blog
-
▼
2012
(112)
-
▼
Oktober
(19)
- Kisah seorang kiai yang mencari jodoh ditempat pel...
- ♥ Istri Shalihah Penyejuk Hati ♥
- ~SUARA YANG DIDENGAR MAYAT~
- Kisah Indah Malam Pertama Seorang Pengantin Muslim...
- Tata Cara Hubungan Suami Istri di Malam Pertama Me...
- ♣ Keutamaan Menggauli Istri di Hari Jum'at ♣
- Siapkah apabila sakaratul maut tiba...
- > Tanda-tanda Kiamat < Dari Huzaifah bin As...
- ♥ RENUNGAN TERUNTUK SUAMI ISTRI DAN CALON SUAMI IS...
- Kisah Pria dan Empat Orang Istrinya
- KELUARGA SAKINAH, MAWADAH, WA RAHMAH
- SAKARATUL MAUT...KAPAN DATANG.....
- TAUBAT SETELAH MENYAKSIKAN SAKARATUL MAUT
- ~Harta Yang Berharga~
- (¯`*•.¸♥ Kado Cinta Untuk Maduku ♥¸.•*´¯)
- ~*SIFAT-SIFAT SUAMI HARAPAN PARA ISTRI*~
- ~*TAAT KEPADA SUAMI*~
- BAHAGIA HINGGA K'SURGA
- MAYAT YG KELUAR ULAT HIDUP-HIDUP
-
▼
Oktober
(19)
Translate
Popular Posts
-
Cerbung Setelah Kau Menikahiku (Pernikahan Simulasi Part 1) ”Aku sungguh-sungguh tidak mengerti kenapa orang harus menikah,&qu...
-
RUMUS MENGHITUNG MASA HAID ............ Fiqih Wanita ............... Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,..... Dikataka...
-
Do'a Mohon Keberkahan اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالِي وَوَلِدِيْ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَنِيْ ، وَأَطِلْ حَيَاتِيْ عَلَى ...
-
... ADAB JIMA' DAN CARA BERHUBUNGAN INTIM SUAMI ISTRI DALAM ISLAM (Khusus Dewasa) ... Bismillahir-Rahmaanir-Rahi m ... Hari i...
-
Bismillah,,,, ~** Akhi, kutunggu khitbahmu **~ [Ya Rabbi, ajarilah kami untuk bijak dalam berpikir, santun dalam bersikap dan bertu...
-
※"KUAT KAN LAH HUBUNGAN KAMI YA ALLAH"※ Ku mendesah berjalan menempuh ingin berteduh dari segala keluh&gaduh.. Kasih.. K...
-
Yang berlalu biarlah berlalu, karena bagaimanapun semua telah berakhir. Biarkan semuanya tenggelam bersama matahari. Tidak usah mena...
-
Kisah Indah Malam Pertama Seorang Pengantin Muslimah... Bismillah ...Setelah melaksanakan shalat Maghrib dia berhias, menggunakan gau...
-
UNTUKMU CALON MAKMUMKU... Bismillaahirrahmaanirrahiim,, Duhai Ukhty,,, Terurai kata seuntai Do'a slalu ku panjatkan Kepada AL...
-
Untuk Calon Istri Dalam Penantian... Maafkanlah bila kuputuskan TALI cinta kita... Maafkanlah bila kubuang rasa RINDU didada... Maa...
Mengenai Saya
Total Tayangan Halaman
~~~MERINTIS PERJALANAN CINTA'KU ~~~
Tersenyumlah meski hati terluka!
yakinlah Allah hanya menguji iman kita,
mungkin kita pernah menangis kala bahagia,
karena takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja,
''PENANTIAN'KU''
Ya Rabbku,
Tak terasa waktu terus menanjak,
Dan usiapun terus bertambah,
Kaki pun terus menapak,
Di atas garisan taqdir-Mu,
Langkah sendiriku tanpa pimpinan,
Langkah sendiriku tanpa penuntun,
Langkah sendiriku tanpa Imam,
Dan Engkaulah yang selalu jadi Teman sendiriku,
Kadang lelah menghujam,
Saat hati terantuk batu ujian,
Kadang gundah datang menyerang,
Saat langkah tiba di persimpangan,
Namun Engkaulah penyembuh dan penunjuk jalanku.
Ya Ilahi Rabbi,
Langkahku akan goyah tanpa kekuatan kasih-Mu,
Langkahku akan goyah tanpa bimbingan-Mu,
Langkahku akan goyah tanpa tuntunan-Mu
Dan langkahku akan goyah tanpa campur tangan-Mu.
Semua telah menjadi ketetapan-Mu,
Semua telah menjadi kepastian-Mu,
Dan semua telah Engkau tulis di Lauh Mahfudz bagianku,,,,,
Rencana-Mu tak mampu kureka,
Ketetapan-Mu tak mampu ku duha,
Namun kuyakin itu senantiasa baik dan indah untukku. Sesuai kehendak-Mu.
Ya Allah Ilahi Rabbi,
Aku akan lemah tanpa seorang teman,
Yang akan menemani sendiriku memaknai semua yang Engkau sajikan,
Karena dunia-Mu sarat dengan godaan,
Yang setiap saat dapat menyesatkan Iman,
Penantian ini terasa panjang dan melalahkan, jika belum segera di akhirkan,,,,
Ya Rabbi, segerakan aku seorang Imam, sebagai penyempurna separuh agamaku.
Seorang Insan pilihan yg terbaik Sesuai kehendak-Mu dan dlm ridha-Mu.
Aamiin Ya Rabb'alamiin,,,,,
Tak terasa waktu terus menanjak,
Dan usiapun terus bertambah,
Kaki pun terus menapak,
Di atas garisan taqdir-Mu,
Langkah sendiriku tanpa pimpinan,
Langkah sendiriku tanpa penuntun,
Langkah sendiriku tanpa Imam,
Dan Engkaulah yang selalu jadi Teman sendiriku,
Kadang lelah menghujam,
Saat hati terantuk batu ujian,
Kadang gundah datang menyerang,
Saat langkah tiba di persimpangan,
Namun Engkaulah penyembuh dan penunjuk jalanku.
Ya Ilahi Rabbi,
Langkahku akan goyah tanpa kekuatan kasih-Mu,
Langkahku akan goyah tanpa bimbingan-Mu,
Langkahku akan goyah tanpa tuntunan-Mu
Dan langkahku akan goyah tanpa campur tangan-Mu.
Semua telah menjadi ketetapan-Mu,
Semua telah menjadi kepastian-Mu,
Dan semua telah Engkau tulis di Lauh Mahfudz bagianku,,,,,
Rencana-Mu tak mampu kureka,
Ketetapan-Mu tak mampu ku duha,
Namun kuyakin itu senantiasa baik dan indah untukku. Sesuai kehendak-Mu.
Ya Allah Ilahi Rabbi,
Aku akan lemah tanpa seorang teman,
Yang akan menemani sendiriku memaknai semua yang Engkau sajikan,
Karena dunia-Mu sarat dengan godaan,
Yang setiap saat dapat menyesatkan Iman,
Penantian ini terasa panjang dan melalahkan, jika belum segera di akhirkan,,,,
Ya Rabbi, segerakan aku seorang Imam, sebagai penyempurna separuh agamaku.
Seorang Insan pilihan yg terbaik Sesuai kehendak-Mu dan dlm ridha-Mu.
Aamiin Ya Rabb'alamiin,,,,,
~~~***LoVe***~~~
ANGAN'KU
Menurutku menulis adalah suatu kebebasan,
luapan rasa yang tercurah dari hati penuh kejujuran,
dan aku memang bukan siapa-siapa,
mungkin buat sebagian orang coretanku tidaklah penting, tapi bagiku itu adalah nyawa pena hati,
yg selalu bersemayam dan terpatri didalam jiwa.
karya-karyaku adalah nyanyian jiwaku,
semoga apa yang telah tergores dapat bermanfaat,
juga dapat memberi ruang bagi jiwa-jiwa yang lain untuk berekspresi.
biarkan jari jemari menarikan penanya dengan lincah,
hingga terciptalah mahakarya penuh cinta.
Terimakasih Tuhan atas segala karunia yg telah KAU beri,
trimakasih untuk kedua orang tuaku, juga trimakasih untuk orang-orang yang telah memberiku banyak cinta dan kasih,
yang telah memberiku support dalam berkarya.
Thank you for everything.
Pengikut
Diberdayakan oleh Blogger.
0 komentar:
Posting Komentar